- 1. Kitar haid merujuk kepada perubahan dalam dinding uterus seseorang perempuan setiap 28 hari, mulai dari akil baligh (11 tahun) hingga putus haid (45-50 tahun).
- 2. Kitar haid di kwala oleh hormon.
- 3. Hormon yang terlibat dalam kitar haid termasuklah hormon peransang folikel (FSH), estrogen, hormon peluteinan (LH) dan progesteron.
- 4. Kitar haid berlaku setiap 28 hari.
- 5. Seseorang permpuan mula mengalami haid apabila mencapai akil baligh.
- 6. Haid merupakan darah yang disingkirkan melalui faraj apabila dinding uterus terurai.
- 7. Haid berlaku jika tiada persenyawaan terjadi, dan tempoh haid berlangsung selama 3-5 hari. Dalam tempoh ini,FSH merangsang perkembangan folikel dan penghasilan estrogen untuk memperbaiki dinding uterus.
- 8. Dari hari ke-5 hingga hari ke-13,aras FSH dan estrogen meningkat dan satu folikel Graaf terbentuk.
- 9. Pada hari ke-13,aras LH meningkat dengan sangat cepat, lalu menyebabkan peengovulan belaku pada har ke-14.
- 10. Dari hari ke-15 hingga hari ke-25,korpus luteum yang terbentuk merembeskan progesteron yang meransang endometrium uterus menjadi lebih tebal dan dipenuhi dengan salur darah.
- 11. Jika ovum tidak disenyawakan, la[isan korpus luteum akan merosot. Ini akan menyebabkan aras progesteron semakin menurun, setrusnya menambahkan lagi penguraian lapisan dinding uterus yang disinkirkan melalui faraj sebagai aliran haid.
- 12. Jika ovum disenyawakan, zigot berkembang menjadi embrio yang menempel pada endometrium uterus.
- 13. Korpus luteum terus merembeskan progesteron dan estrogen sehingga plasenta terbentuk.
- 14. Progesteron menhalang penghasilan FSH dan LH lalu menyebabkan kitaran haid terhentisemasa kehamilan.
- 15. Sesetengah wanita mengalami sindrom prahaid beberpa hari sebelum kedatangan haid akibat daripada ketidakseimbangan aras estrogen dan progesteron. pada masa ini mereka berasa murung, mudah tersinggung dan keletihan. Ada yang mengalami sakit kepala, san sakit belakang manakala bagi yang lain, berat badan mereka mudah meningkat.
- 16. Putus haid berlaku apabila kitar haid berhenti. Ini berlaku apabila seseorang wanita mencapai umur antara 45 hingga 50 tahun. Pada masa ini, hanya sedikit sahaja FSH yang dihasilkan,lalu aras estrogen yang dihasilkan menurun. Perkembangan folikel dan dinding uterus tidak berlaku; tiada penovulan dan kitar haid akhirnya berhenti.
Jumaat, 8 Julai 2011
Peranan Hormon Dalam Kitar Haid
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan